06 Julai, 2009

Michael Jackson Autopsy Photo


Pukul 12 malam, kami mendapat tahu mengenai topik pencarian ‘Michael Jackson Autopsy Photo‘ menjadi kata kunci yang menjadi pilihan ramai pembaca seluruh dunia, kata orang memang topik hangat terbakar’lah.Pada mula’nya, terdapat beberapa keping gambar autopsi yang di’katakan milik Michael Jackson - secara tidak langsung menyebab’kan ramai orang berminat untuk melihat gambar tersebut.

Mengambil kira populariti Michael Jackson, kami agak pelik bagaimana gambar tersebut boleh terlepas ke khayalak ramai. Tapi mana tahu kan, mungkin salah seorang doktor yang membuat autopsi tersebut berniat untuk menjual gambar tersebut kepada pihak tabloid, rasa’nya hasil keuntungan tersebut lebih banyak daripada gaji kasar seorang doktor selama seumur hidup’nya.

Namun, masih bukan rezeki anda untuk melihat Michael Jackson Autopsy Photo, E news melaporkan gambar yang tersebar adalah palsu semata-mata.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Titipan Kehidupan Copyright © 2009/2010 Titipan Kehidupan Art Template by Hai..Cute's Blogger Template