31 Julai, 2009

"Iblis" arah ibu pancung bayi...




Melihat kepada gambar di atas, tiada sesiapa menyangka wanita ini akan memenggal leher bayi itu sebelum memakan sebahagian daripada organ anaknya dalam kejadian yang menggemparkan Ahad lalu.

Otty Sanchez, 33, ditemui memancung dan mencincang tubuh bayinya, Scott, yang baru berusia tiga setengah minggu.

Kejadian itu disedari ibu Otty yang menemuinya mendakap Scott yang kaku tanpa kepala.

Polis menemui sebilah pedang, parang dan pisau pemotong daging dari rumah Otty di Texas.

Sumber berkata, Otty mendakwa dia membunuh Scott selepas mendapat arahan daripada iblis.

“Otty juga menikam dirinya beberapa kali dengan pisau,” katanya.

Sementara itu, ibu saudara Otty, Gloria, berkata kejadian itu tidak disengajakan.

“Otty tidak bermaksud membunuh bayinya, tetapi ketika itu dia tidak waras,” katanya.

Otty kini berdepan dengan dakwaan membunuh tahap pertama.

Sumber : Harian Metro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Titipan Kehidupan Copyright © 2009/2010 Titipan Kehidupan Art Template by Hai..Cute's Blogger Template