Isu terkini sebagaimana dilaporakan oleh Harian Kosmo pada 9 Julai 2009:
KUALA LUMPUR – Persoalan wujud atau tidak gambar bogel penyanyi jelita, Farawahida Razali, 24, masih menjadi misteri walaupun komposer Julfekar Ahmad Shah telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada pihak polis.
Julfekar pada Isnin lalu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk memberi keterangan berhubung aduan Farawahida bahawa dia menerima mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan daripada komposer tersebut.
Farawahida turut mendakwa Julfekar mengugut menyebarkan gambar bogelnya dalam Internet jika dia meneruskan niat untuk keluar dari syarikat rakaman milik komposer itu.
Apa yang terlintas dalam fikiran saya apabila membaca berita-berita seperti ini adalah…Kalau bercinta nak kena ambik gambar tengah bogel ke? kalau masa bercinta dah sanggup tunjuk gambar bogel, bagaimana pula kalau ditakdirkan ada jodoh dengan pasangan tersebut lalu berkahwin, gambar apa lagi yang nak ditunjuk?. atau mungkin dinaiktaraf dari gambar kepada video clip ataupun satu movie terus? Satu lintasan fikiran yang saya rasa perlu ada dalam setiap wanita mahupun lelaki yang ada mempunyai niat untuk ber’posing’ di hadapan handphone masing-masing.
Tidak payah bercakap pasal halal haram kerana ianya memang sudah jelas dan terang ditetapkan oleh Allah S.W.T, semua Muslim tahu mengenai larangan tersebut, cuma nak ikut dengan tak nak ikut sahaja. Bagi saya sekiranya pasangan anda ikhlas untuk mencintai, tidak sepatutnya meminta untuk mengambil gambar bogel atas alasan kenangan cinta. Beribu-ribu kaedah lain untuk membuktikan cinta, bukan hanya ambil gambar bogel mahupun mengadakan hubungan seks terlarang…..namun demikian, benda itulah yang paling banyak di tagih oleh kebanyakan mereka yang bercinta.
…kalau alasan untuk membuktikan kasih sayang dan cinta sejati daripada pasangan, kenapa tidak ambil gambar bogel diri sendiri, ataupun ibubapa dan adik beradik mahupun ahli keluarga terdekat sedangkan entiti itulah yang sebenarnya paling disayangi oleh setiap insan…
0 ulasan:
Catat Ulasan