03 Julai, 2009

Berapa Peratuskah Sebenarnya Diskaun Tol PLUS?..



Lebuhraya Utara Selatan

rujuk laman web Kementerian Kerjaraya Malaysia yang memetik kenyataan di dalam akhbar:

http://www.kkr.gov.my/ms/node/4368

Bermula 1 Jan 2009 hingga 31 Dis 2010, pemegang konsesi Lebuhraya Utara Selatan PLUS memberikan diskaun bayaran tol kepada kenderaan ringan (Kelas 1) antara jam 12 tengahmalam hingga 7 pagi.

Insentif ini terbahagi kepada 3 jenis:

1- Diskaun tol 10 peratus setiap hari.

2. Tambahan diskaun 10 peratus lagi untuk penggunaan pada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Krismas.

3.Rebet lima peratus untuk mereka yang menggunakan sistem bayaran tol elektronik dengan bayaran terkumpul minimun RM 200 setiap bulan kepada pengguna berdaftar Program Loyalti PLUS

Tetapi, benarkah diskaun yang diberikan itu bersamaan dengan nilai 10 peratus?

Contoh:
Sebelum diskaun:
Tol Sg Besi - Tol Kajang - RM1-80

Selepas diskaun 10 peratus:
Tol Sg Besi- Tol Kajang - RM1-70

Bermakna, penjimatan -10 sen kepada pengguna.

Ambil kiraan matematik mudah ini:

10 peratus dari RM1-80 : RM0.18 sen

Jika diambil kiraan ini: RM1.80 - RM0.18sen

: RM1.62 sen

dan jika dibuat kiraan pada angka genap terdekat, ianya adalah RM1.60

tetapi, mengapakah pengguna perlu bayar RM 1.70 dan bukannya RM1.60 ?

Atau jika kita ke depan sedikit, kita andaikan masuk di Tol Sg Besi dan keluar di Tol Bangi:

sebelum diskaun:
Tol Sg Besi - Tol Bangi : RM 2.70

selepas diskaun:
Tol Sg Besi - Tol Bangi : RM2.50

bermakna penjimatan 20 sen

Ambil kiraan matematik mudah ini:

10 peratus dari RM2.70 : RM0.27sen

Jika diambil kiraan mudah ini: RM2.70 - RM0.27sen

: RM2.43 sen

Tetapi mengapa pengguna perlu bayar RM2.50 dan bukannya RM2.40 atau RM2.45 ?

Asas matematik manakah yang digunakan?

Atau saya yang tersalah kira?

Atau saya tersalah maklumat?

Atau saya mendapat maklumat salah?

Atau mesin kira saya rosak?

Atau congakan mudah ini sebenarnya amat payah?

Atau mesin teller PLUS tak pandai baca angka 5 sen atau yang bukan angka kosong di akhirannya?

Atau sebenarnya bukan 10 peratus, tetapi saya yang memandai-mandai kata 10 peratus?

Atau saya tersalah masuk Lebuhraya?

Untuk membuat semakan kadar tol di bawah pengurusan PLUS, sila lawat link berikut:

http://www.plus.com.my/index.asp

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Titipan Kehidupan Copyright © 2009/2010 Titipan Kehidupan Art Template by Hai..Cute's Blogger Template