Jyoti yang berketinggian 0.59 meter (23.5 inci) dan berusia 15 tahun selain memiliki saiz badan lebih kecil berbanding seorang anak saudaranya yang berusia dua tahun.
"Apabila saya memberitahu umur saya, ramai orang yang tidak mempercayainya," kata wanita kerdil itu.
Pelajar itu memiliki berat badan 5.4 kilogram iaitu meningkat empat kilogram berbanding beratnya semasa lahir.
Menurutnya, dia bercita-cita menjadi seorang aktres apabila dewasa dan dianggap sebagai selebriti di tempat kelahirannya, Nagpur, tengah India.
"Ketika berusia tiga tahun, saya sedar saya berbeza dengan kanak-kanak lain.
"Saya tidak takut atau kesal dilahirkan sebagai orang kerdil malah saya berasa bangga dengan perhatian yang diberikan," katanya - Agensi kosmo
0 ulasan:
Catat Ulasan