Wahai SAYA Binti IBU SAYA, wahai SAYA Binti IBU SAYA, wahai SAYA Binti IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Ingatlah wahai SAYA Binti IBU SAYA
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berduka cita dan risau
Serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut
Ketahuilah wahai SAYA Binti IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nankir itu hamba Allah Taala
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku
Muhammad Nabiku
Islam agamaku
Kitab suci Al-Quran ikutanku
Baitullah itu kiblatku
Malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku
Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”
Wahai SAYA Binti IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak.
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar
Insaflah wahai SAYA Binti IBU SAYA
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air Nabi adalah benar
Ada Syurga dan Neraka adalah benar
Bahawasanya Hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu di sisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalum alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah SWT, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” - Surah Al-A’sr
0 ulasan:
Catat Ulasan