31 Mei, 2009

4 isteri, jagalah yang pertama

0 ulasan

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Wallahualam

29 Mei, 2009

Tiga Cahaya di Hari Kiamat

0 ulasan
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan.


Adab Mendengar Azan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semas a nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin .."

Wallahualam....

Lumba Kereta

0 ulasan

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri di sebelahnya. Pemilik kancil tu sedang berjalan ke hulu ke hilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datanglah sebuah kereta EVO-7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an." a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje.... "ok,cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol "mamat nie bagi idea. " worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam" "ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil di depan dan hujungnya diikat di belakang bumper EVOnye. Dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat EVO-7. Apa lagi, jiwa muda pantang dicabar. Dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yang diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat EVO-7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pihak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie... "over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

Kerja Oh Kerja

0 ulasan
Sebagai renungan bersama…

KALAU KITA FIKIR KITA SUSAH, MASIH ADA LAGI ADA ORANG YANG LEBIH SUSAH DARIPADA KITA..

CUMA KITA SEBAGAI ISLAM WAJIB SEDAR, JANGAN LAH SAMPAI KESUSAHAN KITA, MENGHAMPIRI KEKUFURAN..

USAHA SELAGI DAYA BERUSAHA, SEMENTARA ALLAH MEMBERIKAN KITA KESIHATAN DAN KEWARASAN AKAL..

REZEKI ADA DI MANA-MANA, YANG PENTING KITA BERUSAHA SELAIN BERDOA, BERTAWAKAL KEPADA ALLAH S.W.T


Thursday, May 14, 2009

Lokasi : Didalam Pasaraya Besar
Masa : Jam 3.30 pm

Seorang penolak troli gigih bekerja. Dari warna kulit dan wajah, jelas berbangsa melayu. Bukan Nepal atau Burma. Bangsa sekulit dengan aku. Usia tidak muda dan tidak juga tua. Agaknya dalam lingkungan 30an. Benar2 mengerah keringat dan kudrat menolak tidak kurang 30 troli sekali lalu. Peluh memercik, jelas dimukanya. Setelah selesai dia tiba-tiba tersenyum bila merasakan ada mata yang sedang melihat dia bekerja tadi. Sebagai menghargai, aku balas senyuman sambil menghampiri beliau.

Dah lama kerja kat sini ? tanyaku sambil menghulur tangan untuk berjabat tanda awal memula perkenalan. baru lagi bang. Baru 2 bulan. Oh..jawabku ringkas. Sebelum ni ? Kerja kilang bang ! Dimana ? Di Pulau Pinang. Kilang tutup...nasib baik dapat kerja kat sini. Alhamdulillah ! Itupun terpaksa menganggur lebih 5 bulan tanpa kerja tetap.

Dari riak wajah, aku tahu dalam jiwanya terpamer azab kehilangan pekerjaan. Macamana kerja baru ni..ok ke tak ok ? aku menyoal lagi. Dia diam seketika..kemudian bersuara..kerja kuli bang! Nak kira ok tu..ok juga, cukup buat beli susu anak bang ! Berapa syarikat ni bagi sebulan ? banyak benar pertanyaan dari mulut aku ni untuk dia. Hmm..campur overtime..12 jam kerja sehari dari pukul 10 pagi sampai 10 malam, dapatlah RM800 sebulan. Banyak tu ? aku cuba menduga. Banyak ker? Cukuplah untuk sara anak bini. katanya ringkas. Hampir 10 minit aku luangkan masa untuk berbual dengan beliau, Halim namanya, ayah kepada 3 orang anak, 2 dah masuk sekolah rendah dan seorang lagi baru berumur 3 tahun. Tinggal di rumah sewa dengan sewaan RM250 sebulan. Agak perit bagi Halim, aku dapat rasa dengan gaji sebanyak itu. Apa nak buat...walaupun dia mempunyai Sijil dari Politeknik Ungku Omar, tapi yang jelas..pekerjaan beliau kini sebagai 'penolak troli'. Jika dahulu ketika bekerja kilang, sebagai juruteknik setiap bulan kurang2 dia boleh dapat RM1600 sebulan. Separuh dari pendapatannya hilang kerana masalah ekonomi sekarang. Nak salahkan kerajaan ker ? Entahlah..!!


Lokasi : Masjid Jamek ***
Masa : Lepas Maghrib (malam tadi)

Setelah selesai majlis bacaan Yaasin untuk Kekanda Sultan Perak yang mangkat, jemaah masjid dirai dengan jamuan kenduri arwah seorang dari jemaah kariah di anjung balai. Ikut giliran, aku yang nak buat jamuan tahlil arwah malam ni, tapi kerana kes khas, nampaknya giliranku untuk bersedekah bagi pihak arwah ibubapaku yang telah ke barzah terpaksa ditunda esok malam. lagipun bacaan Yaasin telah ditetapkan oleh JAIP untuk 3 malam berturut-turut mulai malam ini.

Sedang menjamu pisang dan nasi lemak kukus, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang agak kusam dan lusuh pakaiannya. mengambil wuduk..jelas bukan orang kariah kami. Orang luar ni. Imam yang duduk di depan aku ketika itu, bersuara sambil memanggil anak muda yang baru habis berwuduk untuk duduk bersama menikmati jamuan arwah bersama. Agak malu2 dia, namun akhirnya tiada pilihan bila aku sendiri berkata, elok makan dulu, baru bersolat..kita solat jemaah nanti..kelak dibimbangkan solat tak kusyuk, mari makan..anak muda itu terus duduk bersama kami..kebetulan kerusi kosong hanya ada kat sebelah tok imam saja lagi.

Aku tuangkan air teh panas untuk anak muda ini. Memang dia agak malu. Mungkin keadaan yang asing bagi dia mungkin. Biarlah..setelah dihulurkan secawan teh, terus disambut. Namun apa yang aku perhatikan, anak muda ini seperti memang sedang lapar. Jelas aku lihat bagaimana dia memegang cawan dengan terketar-ketar, begitu juga ketika menyuap nasi ke mulut menggunakan sudu. Terketar2 dan tidak bercakap. Anak muda ini benar2 lapar, bisik hati ku. Tok imam bungkam sambil mulut mengunyah cebisan pisang yang tinggal separuh.

Setelah habis hidangan itu, aku hulur lagi sepinggan nasi lemak, mana tahu dia nak tambah. Lagipun nasi lemak memang ada yg belum berusik. Dia menolak. Cukup..ni pun dah kenyang ! katanya pantas. Oh! anak muda ini tak bisu. Dia normal. Dia boleh bercakap. Nampak kepuasan dimuka anak muda ini setelah perut terisi dengan hidangan kami malam ini. Syukur Alhamdulillah..! aku tersenyum. Dia juga tersenyum.

Dari mana ? aku mula buka mulut ! Dari Jawi. (Sebelah Nibong Tebal). Jauh juga tu..nak kemana ? Saya sedang cari kerja encik, dari pagi keluar sampai lepas maghrib..nampaknya tak ader rezeki lagi untuk saya dapat kerja hari ini. Semalam pun saya keluar cari kerja di sebelah BM (Bukit Mertajam) dah dapat tapi jauh pula nak berulang. Kerja tukang cuci pinggan di kedai mamak. Hari ni memang tak ada rezeki saya dapat kerja lagi ! Alhamdulillah..rezeki saya di masjid..sambil ketawa kecil, saikologinya itulah cara melepas tekanan paling murah sebenarnya. Ketawa ! Walaupun didalam hati, azab hanya Tuhan yang tahu.

Datang tadi naik apa ? Naik bas. MasyaAllah..! Ada bas ker lagi nak balik ke Jawi ? tanya saya untuk kepastian. Ada..bas akhir jam 9.30 malam. Ok..lah macam tu. Kerana saya berkopiah putih dia membahasakan saya sebagai bang haji !

Seusai habis bersolat jemaah Isyak, ketika saya mahu meninggalkan ruang solat tiba2 bahu saya dicuit dari belakang. Oh ! anak muda ini rupanya. Yer..ada apa yang boleh saya tolong ? Bang haji macam ni sebenarnya..saya kehabisan duit..bolehkah bang haji pinjamkan sedikit wang untuk saya, saya sesak sangat ! Bukan banyak..RM10 pun cukuplah..saya nak belikan anak saya susu ! Anak ? Berapa umur anak awak ? 4 tahun ringkas jawabnya. Anak perempuan. Cukup ker nak beli susu dengan RM10 ? Tanya saya lagi..untuk kepastian. Cukup ! Awak belikan anak awak susu apa dengan RM10 ? Saya makin kurang percaya. Susu tin F&N bang haji, itu saja yg saya mampu. Saya dah hampir 3 bulan diberhentikan kerja. Kilang tutup. Astagfirullah...!

Sambil mengeluarkan wang baki dalam kocek, anak muda ini menunjukkan jumlah RM1.70 sen kepada saya. Ini ajer wang yang tinggal bang Haji. Awak ikut saya, saya mengarahkan anak muda itu turun dari tangga masjid dan terus ke kereta. Setelah dibukakan pintu saya minta dia masuk, biar saya hantar awak ke stesyen bas, lagipun jam dah menunjukkan hampir 9.05 malam., dia akur dan menurut saja.

Ketika masuk ke Pusat Bandar, saya berhenti sekejap di ATM Ambank dan mengeluarkan RM50 hasil bayaran dari sahabat yang beriklan di blog saya, MULTY GREEN TRADING yang kalian lihat bannernya di blog sekarang, itu saja yang saya mampu bantu dan tolong anak muda ini. Dia terkejut juga kerana baginya agak banyak duit yang diberikan. Ambillah..saya tolong awak ikhlas, saya sedekah kerana Allah. Ambillah ! Jangan malu ! Setelah itu saya berhenti sekejap di 7-Eleven untuk dia belikan anaknya susu, saya mohon jangan belikan susu F&N, beli susu tepung ! Dia menurut bila dia masuk semula, saya dapat lihat sebungkus susu tepung Dutch Lady ada dalam karung plastik.

Saya beli susu ni bang haji, dah lama anak saya tak minum susu tepung..dekat 2 bulan jugak. Dengan harga RM15.20 sen, cukup mahal bagi anak muda yang telah kehilangan kerja ini, itulah harga kehidupan. Survival...ketika ekonomi negara tidak memihak kepada rakyat marhaen yang ramai kehilangan pekerjaan. Setelah menghantarnya ke Stesyen bas, jelas terlihat kegembiraan di wajah anak muda itu. Setelah mengucap salam, saya tinggalkan anak muda itu sendirian di Hentian Raya Pusat Bandar.

Inilah nasib bangsa yang sebangsa dengan ku, bangsa melayu. Islam. Kepada siapa lagi mahu diharapkan untuk terus menempuh survival kehidupan yang kian mencabar kini. ketika peluang pekerjaan makin mengecut..

(*) Ini kisah benar. Bukan rekaan. Buat renungan sahabat sekelian !


Sumber : Albanjari Online

Kenapa Kita Perlu Balik Kerja Awal

0 ulasan


Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

28 Mei, 2009

MU vs Barca

0 ulasan
Aku benar-benar kecewa. Tak tahu nak gambarkan perasaan aku ketika ini. Bengang...marah...semua ada. Manchester United (MU) pasukan kesayangan ku kalah di tangan Barcelona. Apa nak buat..kalah dan menang adat pertandingan...so apa pun tahniahlah buat Barcelona kerana menghadiahkan perlawanan yang menarik dan cantik.

Aku mula-mula yakin MU akan menang bila melihat pada minit-minit awal MU control game....entah macam mana tiba-tiba Barcelona buat serangan balas terus je gol....tapi Samuel Eto' memang mempunyai penyudah yang tajam...dia akan gunakan sebaik-baik peluang yang ada.

Lional Messi memang penyerang yang hebat. Bertubuh kecil tetapi lincah dan pantas...dia telah menutup peluang MU untuk menyamakan keadaan.

Mereka berdualah watak pemusnah yang memusnahkan impian MU dan juga aku untuk mengucupi Piala Liga Juara-Juara...sejarah yang ingin dicipta musnah bersama impian...

Buat Pep Guardiola tahniah dan manakala Alex Ferguson kau tetap pengurus yang hebat... tahun depan kita cuba lagi...
.....................5.00am...zzzzzz....................

27 Mei, 2009

Cantik

2 ulasan
Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan.

Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu.

Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.


Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.

Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.

Itu saja yang membezakan.

Wudhu' Zahir & Batin

0 ulasan
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Untuk manafaat kita bersama, Wallahualam...

25 Mei, 2009

Bila Maut Tiba

0 ulasan


Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.

Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.

Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku dipegang kuat."Mengucap sayang,, mengucap........ Asyhaduallailahaillallah......... "ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar diwad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja. Dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah. Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.Â

"Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratulmaut...... !!!Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan. "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi.....".

Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".

Cahaya putih datang.datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Akutersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun......

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?

Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".
"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus kulakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.

Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!". Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........". Kemudian aku diletakkan di suatu sudut.

Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?Bukankah aku boleh sembahyang
sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak".Â

"Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".

Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku.
"Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".

Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......
Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar, alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayup aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.

Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!!

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."


wassalam

Bentuk Gigi

0 ulasan

Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi mereka tapi sebenarnya ia turut membantu memperelokkan penampilan seseorang.

Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap lelehlah. Tiba-tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! La! Tak ke haru tu? Jadi, siapa cakap tak penting menjaga gigi? Tapi tahukah kamu bahawa gigi juga mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu baca saja artikel ni yek!

Jarang dan kecil.

Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah.Beralah sajalah!

Bersaiz sederhana dan rata .

Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan?

Besar dan jarang .

Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka inisanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!

Jongang dan kecil.

Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!


Jongang dan besar .

Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!

Tidak tersusun .

Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya 'cantik'. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.

Seolah masuk ke dalam.

Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.

Kecil dan tersusun.

Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!

24 Mei, 2009

Jimat Minyak

0 ulasan


  1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum.

  1. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)

  1. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK )

  1. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, minyak makan...

  1. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi .

  1. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh la takut engin lemau

  1. Go slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race - kejar.. jgn tak kejar

  1. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kene tukar gear selalu)

  1. Kalau parking menunggu tu, matikan engine

  1. Berkongsi kereta

  1. Naik motor (4 lejang)

  1. Naik Basikal

  1. Naik pengangkutan awam

  1. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)

  1. Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik)

  1. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog

  1. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa - 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)

  1. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak

  1. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah

  1. Gunakan engin Hybrid (gas-electric)

* akan datang saya akan tambahkan 20 tips lagi….

Kenali Kentut Anda

0 ulasan



1. Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BENGONG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020 Orang yang tahu masa yg terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang melepaskan kentutnya dgn bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS Orang yang kentut didalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.

10. Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman teman.

16. Orang AKUATIK Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain.

20. Orang KELAKAR Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK Orang yang kentut bunyinya mendayu/ berirama merdu ketika berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri


Wallahualam ......

19 Mei, 2009

Mengenali Pasangan Anda

0 ulasan



Ada 5 perkara berlaku serentak.


1.Air mendidih kat dapur.

2.Air paip melimpah kat bilik air.

3.Bayi menangis.

4.Telefon berbunyi.

5.Ada orang ketuk pintu.


Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.

Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.

Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda..

Fikir...

.

Ermmm....

.

.

.

.

.

.

.

..

.

..

.

..

.

.

.

.

..

.

.

.

.

..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.Fikir lagi la ek...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.Dah habis fikir ke nie????

.

.

.

.

.

..

.

..

.

.

.

.

OK la, dah habis fikir kan ? Dan dah buat keputusan gak kan ?

.

.

.

.

.

Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

..

.

.

.

..

.

.

.

..

.

Nak tau ke tak nie???

.

.

.

.

.

..

.

.

.

.

.

Jawab la... Nak tau ke tak nie????

.

.

.

.

.

.

Senyum la dulu....

.

.

.

.

.

.

.

.

Senyum laa.....

.

.

.

.

.

.

.

.

Dah senyum tak nie??? Hihihi....

.

.

.

..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Baik, mari kita semak jawapan anda...

Apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.

>>>> :

* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air: menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi: menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.


Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Tanda-Tanda Awal Kanser

0 ulasan
  1. Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luar biasa. Sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

  1. Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit dibuah dada

  1. Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

  1. Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

  1. Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

  1. Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

  1. Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

  1. Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

  1. Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

  1. Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

  1. Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
 

Titipan Kehidupan Copyright © 2009/2010 Titipan Kehidupan Art Template by Hai..Cute's Blogger Template